Monday, 16 December 2013

We're Moving

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami telah berpindah ke laman yang baru dan lebih berinformasi. Sila lawati kami di rumah baru kami  www.vitamin2u.com. Banyak info, tips kesihatan dan kecantikan di sana.

See You There!


With Love,
Nazifa

Wednesday, 2 October 2013

Promosi Oktober 2013 Buy 6 Free 1

Promosi Oktober 2013 

Shaklee Collagen Powder

Buy 6 Free 1


Wowww. Jarang nak dapat OFFER Collagen Powder hebat macam ni.

Ketahui kebaikan collagen untuk kulit yang lebih sihat. Baca sini.

Shaklee Collagen Powder

Assalamualaikum

Ternanti-nanti Promo Shaklee bulan Oktober 2013?

Bulan ini Shaklee OFFER Collagen Powder. Klik sini



Ramai wanita di sana teruja dengan perkataan 'collagen'? Ini adalah 'collagen' benar bukan hanya pada nama.

Collagen kurang, kulit kendur?


Kulit kita tidak akan terlepas dari terdedah kepada pencemaran dan sinaran UV yang merbahaya. Lama-kelamaan kulit akan menjadi tidak bermaya, kusam, timbul jerawat dan jeragat yang mencacatkan penampilan kita.

Siapa yang tak nak cantikkan?

Bagi memenuhi kehendak dan permintaan wanita yang ingin mempunyai kulit cantik dan gebu, Shaklee mengeluarkan produk Shaklee Collagen Powder.

Kolagen adalah sejenis

Wednesday, 25 September 2013

GLA Complex untuk Period Tidak Teratur



Period tidak teratur sering dialami di kalangan gadis remaja atau wanita yang mengalami putus haid atau mencapai usia menopaus. Keadaan ini bukan suatu penyakit tetapi disebabkan gangguan hormon. (sumber)

Selain gangguan hormon, faktor lain yang mneyebabkan gangguan haid adalah

  • senaman yang melampau yang biasanya terjadi di kalangan atlet
  • kekurangan atau berlebihan berat badan
  • mengalami tekanan perasaan atau gangguan emosi
  • pengambilan pelbagai jenis ubatan
  • kesan sampingan apabila berhenti mengambil pil perancang keluarga
  • mengalami sindrom ovari polisistik 
  • masalah pada kelenjar tiroid.

Tuesday, 24 September 2013

Koenzim Q10 (CoQ10) untuk Kesihatan Jantung

Koenzim Q10 (CoQ10) untuk Kesihatan Jantung


Info Statistik Pesakit Jantung di Malaysia

  1. Lebih 17.2 juta manusia meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit kardiovaskular, dengan itu menjadikannya penyebab utama kematian di seluruh dunia.
  2. Penyakit tekanan darah tinggi semakin meningkat di Malaysia sepanjang 10 tahun kebelakangan ini dan kini membabitkan kira-kira 4.8 juta rakyat Malaysia
  3. Kira-kira 43 peratus rakyat Malaysia yang berumur melebihi 30 tahun menderita penyakit jantung iaitu peningkatan daripada 33 peratus yang direkodkan pada tahun 1996
  4. Di Malaysia, penyebab utama kematian di hospital kerajaan disebabkan oleh penyakit jantung dan penyakit berkaitan pulmonari

Tahukah anda? 


Jantung adalah organ terpenting dan paling kuat bekerja? 

1 daripada 6 kematian di Malaysia disebabkan oleh penyakit jantung.

Jantung mengepam 7,570 liter darah setiap hari

Jantung berdegup lebih 100,000 kali setiap hari


Cuba anda bayangkan berapa banyak tenaga diperlukan jantung untuk terus berdegup?

Tahukah anda jantung mendapat sumber tenaga daripada Koenzim Q10 (CoQ10) ?

Tahukah anda Koenzim Q10 (CoQ10) juga gagal menyalurkan tenaga mencukupi kepada jantung apabila umur semakin meningkat?

Jantung kita mengandungi 10 kali lebih banyak CoQ10 berbanding mana-mana organ lain dalam badan

Di sini, suplemen CoQ10 memainkan peranan membekalkan tenaga untuk jantung terus berdegup.

Sebelum itu, kita berkenalan dengan CoQ10 dulu

Apa itu CoQ10?


CoQ10 adalah zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di dalam setiap sel di dalam badan manusia. Jantung kita mengandungi 10x lebih banyak CoQ10 berbanding mana-mana organ lain dalam badan. Jantung, hati, buah pinggang dan pankreas juga memerlukan CoQ10. 

Jantung kita adalah organ yang paling kuat bekerja sebab ia berdegup kira-kira 100,000 kali sehari. Tidak ada satu degupan pun boleh berlaku tanpa wujudnya tenaga. Bermakna? Faham-faham sendirilah.

Apabila umur semakin tua CoQ10 tidak dapat menjana tenaga secukupnya untuk jantung. Pada peringkat umur 50-an atau 60-an, jantung kita akan mengalami kebuluran tenaga. 

Pada umur 20 tahun, CoQ10 dihasilkan pada tahap tertinggi dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung hanya berjaya menghasilkan 68.2 peratus daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20.

CoQ10 adalah pencetus tenaga. Sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan dituykarkan kepada tenaga. Proses ini diulang beribu kali setiap saat unutk membolehkan jantung kekal berdegup. Tanpa CoQ10 sel-sel lain juga tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan. 


CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.

Manfaat CoQ10 Untuk Kesihatan Jantung

Pada tahun 1972, Dr. Karl Folkers (dikenali sebagai “Bapa CoQ10" kerana kajian mendalam beliau mengenai CoQ10) dan Dr. Gian Paolo Littarru membuktikan mereka yang menghidapi penyakit jantung seringkali adalah mereka yang juga kekurangan CoQ10


Apabila otot jantung lemah, ia tidak dapat mengepam semua darah yang diterima daripada badan. Juga, apabila otot jantung itu lemah, ia memerlukan lebih banyak jumlah nutrien yang mesti disalurkan ke sel-sel jantung supaya ia dapat mencipta tenaga. Salah satu nutrien yang paling penting ialah CoQ10

Faktor diet tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan sesetengah ubat-ubatan tertentu seperti dadah begi merendahkan tahap kolesterol boleh mengurangkan CoQ10 di dalam tubuh.

Justeru, dengan pengambil suplemen CoQ10, otot jantung yang lemah itu dengan mudahnya dapat menambah semula simpanan CoQ10-nya. Ini membolehkan otot jantung menjana lebih banyak tenaga dengan itu memperbaiki keadaannya yang lemah itu. (sumber)

Suplemen yang disyorkan di sini adalah 

Hanya dengan pengambilan sebiji kapsul sehari, badan anda telah dibekalkan CoQ10 

Walaupun kita dapat memperoleh  CoQ10 di dalam dietari, namun jumlahnya tidak mencukupi iaitu kurang 10mg sehari.


 Apakah perbezaan CoQ10 Shaklee dengan CoQ10 di pasaran?

  • Untuk mendapatkan 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth Plus anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli
  • Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan
  • Enktrak teh hijau mengandungi procyanidins dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).
  • CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. 
  • Tanpa gluten
Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA

Shaklee ID: 917327
Nazifa Mazni
Whatapps | SMS: 013-9330097

-------------------------
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Monday, 23 September 2013

10 Tips Elak Serangan Darah Tinggi

10 Tips Elak Serangan Darah Tinggi



Cara Untuk Mengelak Daripada Serangan Darah Tinggi

  1. Jangan merokok
  2. Kekalkan berat badan yang sihat
  3. Bersenam secara kerap
  4. Semua orang dewasa yang sihat dalam lingkungan umur 18-65 tahun seharusnya mendapat sekurang-kurangnya 30 minit kegiatan senaman yang sederhana lima hari seminggu.
  5. Makan makanan yang sihat
  6. Makan lebih banyak buahan dan sayuran yang segar
  7. Kurangkan pengambilan garam
  8. Kurangkan makanan bergoreng; pilihlah makanan yang dikukus, panggang atau dibakar
  9. Kurangkan pengambilan makanan yang sarat dengan kolesterol.
  10. Ambillah suplemen Koenzim Q10 (CoQ10)


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0321&sec=Kesihatan&pg=kn_06.htm#ixzz2fb3JmDoI
© Utusan Melayu (M) Bhd 





Sunday, 22 September 2013

Tips Memilih Supplemen dalam Kehidupan



Assalamualaikum


Dengan teknologi yang semakin berkembang dan maklumat di hujung jari, ramai rakyat Malaysia sudah sedar mengenai kepentingan menjaga kesihatan. Oleh itu, ramai yang obses untuk kelihatan cantik luar dan cantik dalam dengan mengambil supplemen.

Suplemen merupkan makanan tambahan dalam bentuk makanan atau minuman. Suplemen boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin, mineral, herba atau tumbuhan lain, atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari.

Ia juga boleh wujud dalam bentuk pil, kapsul, cecair, atau tablet.

Lambakan pelbagai produk kecantikkan dan produk kesihatan di pasaran memudahkan pengguna membuat pilihan tanpa mengetahui keperluan sebenar tubuh badan. 

Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C, bagus untuk kulit serta vitamin E, asid amino, zink dan sebagainya.
‘‘Makanan tambahan seperti itu yang kita perlukan dan diambil setiap hari untuk memestikan kulit cantik dan gebu. Cara pengambilan adalah bergantung kepada pengguna. Sama ada melalui minuman atau kapsul,

Sekiranya seseorang ingin memilih makanan tambahan untuk diri sendiri, tips-tips berikut perlu diikuti supaya pengambilan suplemen tidak memudaratkandiri


5 Tips Memilih Supplemen



  1. Bertanya kepada diri sendiri, kenapa perlu mengambil makanan tersebut dan kepentingan suplemen tersebut kepada kesihatan. Adakah keadaan kesihatan memerlukan supplemen tersesut. Jumpa doktor untuk kepastian dan konsultasi.
  2. Pastikan suplemen yang diambil terhasil dari bahan organik dan semulajadi yang tiada tambahan kimia dan halal.
  3. Suplemen diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia
  4. Jangan terlalu obses dengan sesuatu produk yang tidak diketahui kandungan nutrisi produk tersebut.
  5. Dapatkan dari nasihat yang pakar untuk semua produk tersebut terutamanya seperti produk pelangsingan badan

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130219/kn_01/Suplemen-dalam-kehidupan#ixzz2fawuHykW
© Utusan Melayu (M) Bhd